Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Toh Puan Ragad prihatin golongan asnaf
  • TEMPATAN

Toh Puan Ragad prihatin golongan asnaf

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Toh Puan Ragad menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf dengan ditemani Dato’ Sri Fatimah Abdullah di Kuching.

KUCHING: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib semalam menyampaikan sumbangan kepada 10 penerima terdiri daripada keluarga asnaf dan mangsa angin kencang di Kampung Tabuan Hilir di sini.

Toh Puan Ragad pada program majlis Jalinan Kasih itu menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

Dua keluarga di Kampung Tabuan Hilir yang terlibat dalam bencana angin kencang pada 13 Ogos lalu turut mendapat bantuan daripada isteri Yang di-Pertua Negeri.

Salah seorang penerima dan juga mangsa bencana rumah dihempap pokok, Isah Atan, 67, mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Toh Puan Ragad serta agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, rumahnya mengalami kerosakan di bahagian dapur dan memerlukan kos agak tinggi untuk membaikinya dengan kira-kira 80 peratus rumahnya rosak teruk dihempap pokok akibat angin kencang yang berlaku pada 13 Ogos lalu, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Isah memberitahu, sumbangan yang diterimanya itu akan digunakan sepenuhnya untuk membaiki kerosakan rumah mereka.

“Saya gembira dan bersyukur menerima sumbangan ini. Kami berharap ada yang dapat membaiki rumah kami dan dengan sumbangan ini kami akan cuba membaiki rumah yang rosak,” katanya.

Isah memberitahu turut menerima bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak dan Yayasan Kebajikan Negara Cawangan Sarawak sebelum ini.

Selain itu, Ahmad Abdullah yang juga mangsa bencana rumah dihempap pokok turut menerima sumbangan daripada Toh Puan Ragad.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Continue Reading

Previous: KM dijadual lawat Projek Jalan Ulu Suai 25 Ogos
Next: PBB anjur 4 konvensyen mini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.