Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Toh Puan Fauziah sertai acara menembak pistol bersama BAKAT naungan PMTTD
  • TEMPATAN

Toh Puan Fauziah sertai acara menembak pistol bersama BAKAT naungan PMTTD

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Acara Menembak Pistol anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), bukan sekadar pertandingan, tetapi juga platform memperkukuh hubungan serta memperkenalkan sukan menembak sebagai aktiviti membina disiplin, dan daya fokus.

Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi berkata demikian, menghadiri acara tersebut, hari ini.

Sebelum bermulanya pertandingan, Toh Puan turut melawat Galeri BAKAT yang mempamerkan pelbagai hasil kraftangan serta produk tempatan buatan ahli-ahli BAKAT.

Lawatan ini memberi ruang untuk menghargai kreativiti serta usaha mereka dalam menjana ekonomi komuniti melalui seni dan kemahiran tangan.

Acara yang berlangsung di Cobra Shooting Range (CSR), Kem Muara Tuang ini disertai tetamu kehormat yang lain.

Antaranya, Dato Doreen Mayang Unggah, Dato Enn Ong Siok Ean, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar, Datin Amar Baduyah Bujang, Datin Esther Mujan Balan, Datin Daisy Dayus, Datin Loh Ai Ling, Datin Fauziah Mardiana Sepawi, Datin Erni Irawati Rosli, Datin Roslina Binti Abu Bakar serta ahli-ahli BAKAT naungan PMTTD yang lain.

Selain mencuba kemahiran menembak, acara ini turut menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Peserta mengambil bahagian dalam beberapa kategori pertandingan menembak, termasuk kategori individu, berpasukan, dan menembak belon.

Setiap kategori menguji ketepatan, kawalan serta kemahiran peserta dalam mengendalikan senjata api dengan selamat dan bertanggungjawab.

Penganjuran acara ini mencerminkan komitmen terhadap gaya hidup aktif dan kepimpinan melalui sukan, di samping menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan menembak.

Ia juga memperkasakan peranan mereka dalam komuniti serta memperkukuh jalinan hubungan antara ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

Toh Puan berharap acara seperti ini dapat terus diadakan sebagai tradisi yang mempererat perpaduan serta menyemai semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Daro bakal mempunyai ‘waterfront’, siap Mac 2027
Next: Daro mempunyai bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.