Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang ziarah Aidilfitri di kawasan Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang ziarah Aidilfitri di kawasan Sarikei

Utusan Sarawak 2 months ago

SARIKEI: Rombongan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah mengadakan kunjungan Aidilfitri 2025 di kawasan Sarikei, semalam.

Hadir bagi mewakili Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok ialah Kapitan Ling Dien Yong.

Program kunjungan rumah ke rumah sempena Aidilfitri 2025 melibatkan kunjungan ke kediaman Timbalan Residen Sarikei Badjuri Bidin, Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) Kelana Kipli, Temenggong Awangku Ibrahim Awangku Hosain, Pemanca Awang Kenit Awang Muhammad dan Penghulu Mustapha Hamdan.

Rombongan tersebut turut berkunjung ke rumah Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Repok Mohammad Fadillah, bekas Ketua Wanita PBB Cawangan Repok Joneh Rosli, bekas Pengerusi PBB Cawangan Repok Mathias Raya Genam, Morshien Affandi dan Zsa Zsa Syahdira Kassim.

Turut hadir bersama rombongan ialah Temenggong Lau Hieng Ming, Pemanca Chan Phan Chan, Penghulu Huang Tiong Kang, Penghulu Ley Kok Lun, Kapitan Ling Sien Chuong, Kapitan Law Pick Hung, dan Kapitan Ling Chai Yun.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Amalan bertolak ansur tunjang keharmonian
Next: Perkukuh semangat perpaduan, ukhuwah Islamiah sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.