Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong jamin usaha pemulihan pasca banjir dipergiat
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong jamin usaha pemulihan pasca banjir dipergiat

Utusan Sarawak 3 months ago
MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya
Dato’ Seri Tiong King Sing

BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing memberi jaminan bahawa usaha pemulihan pasca banjir di Bintulu akan terus dipergiat dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk kerajaan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan sukarelawan.  

Menurut Ahli Parlimen Bintulu itu, lebih 250 sukarelawan telah digerakkan sejak awal perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan rumah mangsa yang terjejas.  

“Bencana banjir kali ini meninggalkan kesan yang cukup besar kepada penduduk Bintulu. 

“Walaupun usaha bantuan telah dimulakan sejak awal, saya mengakui masih terdapat beberapa kekurangan dalam proses pemulihan.  

“Saya terbuka menerima sebarang maklum balas bagi memastikan kelemahan yang ada dapat diperbaiki secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau.  

Tiong turut menggalakkan semua mangsa yang terjejas untuk mendaftar dengan pihak berkuasa bagi memastikan data yang lebih terperinci dapat dikumpulkan, seterusnya membolehkan kerajaan menyediakan bantuan yang lebih menyeluruh.  

Sementara itu, katanya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan mangsa banjir di Sarawak khususnya di Bintulu. 

Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan kini sedang meneliti langkah tambahan, termasuk menghimpunkan syarikat GLC seperti Petronas untuk menyumbang kepada usaha pemulihan bagi membantu mangsa bangkit semula.  

“Kerajaan sedang mengumpul data lengkap mengenai jumlah mangsa, kawasan terjejas serta nilai kerugian bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara efektif dan menyeluruh,” jelasnya.  

Dalam pada itu, beliau turut menyeru para pemimpin dan tokoh perniagaan untuk bersama menyumbang dalam usaha bantuan, sama ada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga kerja.  

Tiong turut mengumumkan Parti Demokratik Progresif (PDP) mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran Rumah Terbuka TBC 2025 serta lawatan rumah ke rumah bagi menumpukan sepenuhnya kepada usaha pemulihan.  

“Kami percaya bahawa dengan semangat dan kekuatan kolektif komuniti, Bintulu akan bangkit kembali dan kehidupan masyarakat dapat dipulihkan seperti sedia kala,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan Yayasan Bintulu Port, UPMKB keseluruhan RM25,000 kepada mangsa banjir  
Next: 10 kawasan rumah panjang di Marudi terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.