Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkatkan tahap keselamatan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Tingkatkan tahap keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 4 months ago
UNTUK RAKYAT… Joseph Chieng Jin Ek menyaksikan majlis penyerahan kontrak projek menaik taraf jalan di Lorong Sentosa Utara 8, semalam.

SIBU: Projek menaik taraf jalan di Lorong Sentosa Utara 8 dengan melibatkan kos keseluruhan RM100,000 dilaksanakan untuk meningkatkan tahap keselamatan penduduk di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, projek itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu dengan skop kerja utama iaitu membina semula sistem perparitan di pintu masuk jalan dengan pembetung/persimpangan konkrit.

“Skop kerja juga termasuk melebarkan jalan kepada enam meter dan memanjangkan jalan sejauh 80 meter untuk meningkatkan kapasiti lalu lintas dan menyediakan persekitaran berulang-alik yang lebih selamat serta selesa untuk penduduk,” katanya selepas menyaksikan majlis penyerahan kontrak projek tersebut, semalam.

Menurutnya, Lorong Sentosa Utara 8 menghubungkan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan berfungsi sebagai laluan penting untuk kawasan Sentosa.

“Disebabkan kekangan perancangan awal, simpang masuk jalan hanya selebar 4.5 meter menyebabkan kesesakan lalu lintas. Isu ini membahayakan keselamatan orang ramai terutamanya pada waktu malam.

“Oleh itu, saya telah memperuntukkan dana untuk memasukkan projek ini di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024, bertujuan untuk menyelesaikan secara berkesan isu lalu lintas yang dihadapi penduduk melalui pembesaran jalan dan pengoptimuman sistem perparitan,” katanya.

Beliau memberitahu, tempoh kontrak bagi projek itu adalah tiga bulan, dan penduduk diingatkan supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan semasa tempoh pembinaan.

“Apabila projek menaik taraf jalan siap, pintu masuk jalan di Lorong Sentosa Utara 8 akan ditambah baik dengan ketara, memajukan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan Sentosa dan meningkatkan kualiti hidup penduduk,” kata beliau.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan seni tari terus berkembang
Next: Pastikan usaha pemulihan dilaksana dengan pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.