Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tingkatkan kesedaran vaksinasi rabies, penjagaan haiwan peliharaan
  • TEMPATAN

Tingkatkan kesedaran vaksinasi rabies, penjagaan haiwan peliharaan

Utusan Sarawak 4 months ago
SIDANG MEDIA… Datin Dona Dury Wee berucap pada sidang media Pet Walk 2025, semalam.

KUCHING: Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) bakal mengadakan Program Pet Walk 2025 sempena sambutan Hari Haiwan Terbiar Sedunia pada April 2025 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Presiden SSPCA, Datin Dona Dury Wee berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan mengenai kepentingan vaksinasi rabies dan penjagaan haiwan, sambil menggalakkan gaya hidup sihat.

Jelasnya, SSCPA akan bekerjasama dengan Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching bagi menjayakan program tersebut

Beliau berkata demikian pada sidang media Pet Walk 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu Dona Drury menyatakan sebanyak 50 peratus daripada keuntungan bersih yang diperoleh melalui acara ini akan didermakan kepada SSPCA bagi membantu menampung kos operasi organisasi tersebut.

Tambahnya, program tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan II, Datuk Michael Tiang Ming Tee dan Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng bakal hadir sebagai tetamu jemputan.

Dalam usaha menjayakan acara ini, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching turut memberikan sokongan dengan menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada semua peserta.

Selain itu, pelbagai maklumat berkaitan kesihatan awam akan dipamerkan kepada pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Kira-kira seramai 1,000 peserta bakal menyertai acara komuniti ini dan turut mengalu-alukan penajaan berbentuk dana, barangan atau penyertaan daripada kementerian, jabatan, agensi kerajaan, GLC, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: “I Am 25” simbolik dari Pustaka Negeri
Next: KPPR teruskan legasi seniman agung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.