Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas warga emas selamatkan rumah daripada musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas warga emas selamatkan rumah daripada musnah terbakar

Utusan Sarawak 1 month ago
KEADAAN kebakaran siling belakang rumah, dan longgokan barang lusuh di kediaman pemilik rumah seorang warga emas lelaki berumur 75 tahun, awal pagi tadi.
Foto PGO JBPM Sarawak

KUCHING: Tindakan pantas seorang warga emas lelaki berumur 75 tahun berjaya menyelamatkan rumahnya daripada musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku No. 525, Lorong Siburan 8, Kampung Siburan, Siburan, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi PBK II Abu Talip, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.41 pagi, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan telah berkejar ke lokasi yang terletak pada jarak lapan kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan benar berlaku kebakaran siling belakang rumah pemanggil dan longgokan barang lusuh dengan keluasan lebih kurang 20 x 30 kaki terbakar lima peratus.

“Bagaimanapun, pasukan bomba hanya memadamkan sisa-sisa api, dan memastikan tiada lagi punca api memandangkan kebakaran itu telah berjaya dipadamkan pemilik rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Abu Talip, pasukan bomba hanya mengambil maklumat kebakaran, dan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan terjejas untuk memastikan tiada sumber api yang boleh mendapatkan kebakaran berulang.

Operasi ditamatkan pada 3.46 pagi setelah memastikan semua keadaan selamat.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Penghuni rumah cemas, ‘power bank’ tiba tiba meletup
Next: Kebakaran Putra Heights: Nilai kerugian dianggar RM65.4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.