Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas penduduk padam kebakaran dapur rumah di Kampung Balingan
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas penduduk padam kebakaran dapur rumah di Kampung Balingan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TINDAKAN pantas orang awam berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Balingan, Jalan Tanjung Assam, Betong malam tadi sebelum ketibaan pasukan bomba. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Tindakan pantas orang awam berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Balingan, Jalan Tanjung Assam, di sini malam tadi sebelum ketibaan pasukan bomba.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.53 malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong segera digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kebakaran melibatkan bahagian dapur sebuah rumah satu tingkat jenis struktur kekal dengan anggaran kemusnahan sekitar 10 peratus.

Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan lebih awal oleh orang awam menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering serta satu unit alat pemadam api karbon dioksida (CO₂) berkapasiti lima kilogram.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat serta tiada lagi punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Operasi yang diketuai oleh PBK I Yusof Tamin dan dipantau Ketua Balai BBP Betong, PPgB Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi, ditamatkan sepenuhnya pada 10.23 malam selepas lokasi disahkan selamat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kelisa musnah dijilat api, bomba berjaya kawal kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.