Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tindakan pantas penduduk padam kebakaran belukar
  • KEMALANGAN

Tindakan pantas penduduk padam kebakaran belukar

Utusan Sarawak 8 months ago

SARIKEI: Tindakan pantas penduduk rumah panjang di Kampung Utara Baru, Muara Payang berjaya memadamkan kebakaran belukar petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.18 petang. 

“Sepasukan bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Lokasi kejadian hanya boleh diakses dengan menggunakan bot. Setibanya pasukan bomba di jeti rumah panjang, didapati air dalam keadaan surut dan menyukarkan bot untuk masuk ke lokasi kebakaran belukar. 

“Pasukan bomba berjalan kaki menuju ke lokasi kebakaran dalam tempoh lebih kurang 30 minit.

“Penduduk yang berada di lokasi memaklumkan mereka telah berjaya memadamkan kebakaran menggunakan pam air serta sumber air dari parit berdekatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada tindakan operasi pemadaman dijalankan oleh pasukan bomba berikutan kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh penduduk. 

“Pasukan bomba hanya membuat pemantauan di lokasi kebakaran bagi memastikan tiada lagi wujud punca kebakaran. 

“Selain itu, pasukan bomba turut menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka. 

“Pemantauan di lokasi selesai sepenuhnya pada jam 7.01 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Warga China terjatuh dalam empangan hidro Batang Ai, selamat
Next: Bantuan pantas TDM padam kebakaran  sawah di Bario

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.