Tindakan pantas pekerja dibantu bomba berjaya kawal kebakaran premis farmasi

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman di bahagian kaunter sebuah farmasi di Siburan yang terbakar melibatkan peralatan komputer dan penghawa dingin, awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Bomba

KUCHING: Sebuah kebakaran kecil melibatkan peralatan elektrik di sebuah premis farmasi berjaya dikawal awal pagi ini berkat tindakan pantas pekerja serta bantuan pasukan bomba.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan segera digerakkan ke lokasi di Alpro Pharmacy, Jalan Kuching-Serian, Siburan.

Komander Operasi, PBK II Saiful Ismail Othman, berkata kebakaran melibatkan peralatan komputer di bahagian kaunter serta penghawa dingin pada bahagian siling premis tersebut.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pekerja pasar raya berdekatan, CCK, menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Tambah beliau, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Pasukan bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pemadaman susulan menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan api benar-benar dipadam dan keadaan selamat sepenuhnya.

Turut hadir di lokasi sebagai pegawai kanan operasi ialah Ketua Balai BBP Siburan, PPgB Muhammad Imran Mohamad Sabri.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Amanda L. 

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis