Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tindakan ke atas OIC benarkan ‘petinju lelaki’ bertanding
  • SUKAN

Tindakan ke atas OIC benarkan ‘petinju lelaki’ bertanding

Utusan Sarawak 3 months ago

Imane Khelif raih emas di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

LAUSANNE: Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berhubung penyertaan atlet Algeria, Imane Khelif dan Lin Yu-ting dari Taiwan pada temasya Olimpik tahun lalu.

Kedua-dua petinju wanita itu dikecualikan daripada Kejohanan Dunia IBA 2023 selepas gagal dalam ujian jantina, namun IOC membenarkan mereka bertanding dan kedua-duanya akhirnya memenangi pingat emas di Paris.

IOC menguruskan acara tinju di Paris susulan pengguguran IBA daripada pergerakan Olimpik berikutan isu kewangan dan etika.

Dalam kenyataan yang mengaitkan tindakan mereka dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mahu melarang atlet transgender bertanding dalam acara sukan wanita, IBA menyatakan bahawa mereka sedang “mengemukakan aduan rasmi kepada Peguam Negara Switzerland berhubung tindakan IOC.”

IBA turut menambah bahawa mereka akan mengemukakan aduan sama di Perancis dan Amerika Syarikat.

“Arahan Presiden Trump untuk melarang atlet transgender bertanding dalam acara sukan wanita mengesahkan usaha IBA dalam melindungi integriti sukan wanita,” kata Presiden IBA, Umar Kremlev. – AFP

Continue Reading

Previous: Kelab tercorot ‘tendang keluar’ Liverpool
Next: Ronaldo kekal terima gaji RM76 juta sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.