Tindakan cekap bomba kawal kebakaran belukar di Jalan Muhibbah

Facebook
WhatsApp
DIPADAMKAN….Anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Jalan Muhibbah. Foto BBP Bintangor.

BINTANGOR: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Muhibbah, petang semalam.

Menurut Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar 5.14 petang.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai selaku komander operasi segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran belukar sedang berlaku dan bertindak segera untuk mengawal api,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadam menggunakan satu aliran kekili hos, dan api dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh kira-kira 10 minit.

“Operasi memadamkan kebakaran belukar selesai sepenuhnya pada 5.31 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis