Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga tercampak keluar, seorang tersepit
  • TEMPATAN

Tiga tercampak keluar, seorang tersepit

Utusan Sarawak 5 years ago
HILANG KAWALAN… Lori sampah tanpa pemandu ‘masuk’ ke dalam parit dalam kejadian itu.

MUKAH: Empat cedera parah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 1 Jalan Mukah-Balingain pada petang Isnin lalu

Insiden yang berlaku sekitat 5.30 petang itu melibatkan sebuah lori sampah dan lori membawa batu arang yang dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang jalan.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau, yang mengesahkan kejadian berkata, kemalangan berlaku  di  sebuah simpang berdekatan dengan Bangunan Persekutuan dekat sini.

“Sampai di tempat kejadian, sebuah kereta berwarna hitam telah keluar simpang menyebabkan salah sebuah daripada lori tersebut melakukan ‘brek’ secara mengejut,” katanya.

Justeru, lori sampah berkenaan hilang kawalan sehingga membuatkan kedudukannya  melintang di atas jalan sebelum terjatuh ke dalam parit berdekatan simpang itu.

“Manakala, sebuah lori lagi yang datang tidak sempat melakukan brek lalu melanggar bahagian sisi depan lori sampah menyebabkan terus terbabas ke kanan jalan dan masuk ke dalam parit di seberang jalan,” ujarnya.

Mereka yang cedera parah dan tercampak dari lori sampah ialah tiga warga Indonesia iaitu Tusiman yang juga merupakan pemandu mengalami kecederaan parah di kepala, Dede Muliana (penumpang, luka di kepala) dan Egi(penumpang,tidak sedar diri).

Manakala, pemandu lori  membawa batu arang yang merupakan penduduk  Kampung Penat Oya, Mohamad Syukri  Sirat tersepit di tempat duduk.

Menurut  Jimmy, semua mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut dan kes sedang  disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan miliki dadah
Next: Rumah berek 5 pintu musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.