Tiga mayat ditemukan dalam kebakaran rumah berhampiran Tokyo, kanak-kanak dikhuatiri terkorban

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN Tiga mayat ditemukan selepas satu kebakaran rumah di timur Tokyo pada awal pagi tadi, manakala tiga lagi penghuni termasuk dua kanak-kanak masih belum dapat dikesan.

TOKYO: Tiga mayat ditemukan selepas satu kebakaran rumah di timur Tokyo pada awal pagi tadi, manakala tiga lagi penghuni termasuk dua kanak-kanak masih belum dapat dikesan, lapor agensi berita Kyodo memetik kenyataan polis tempatan.

Menurut polis dan jabatan bomba tempatan, kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira 3.05 pagi di Mutsuzawa, Wilayah Chiba, di kediaman yang didiami oleh enam individu.

Antara penghuni yang masih hilang ialah dua kanak-kanak perempuan sekolah rendah dan nenek mereka yang berusia dalam lingkungan 60-an.

-Bernama

Empat rumah terbakar di Uma Badeng

BELAGA: Empat rumah kayu di Uma Badeng, Sungai Asap, terbakar dalam kejadian pagi ini. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba