
TOKYO: Tiga mayat ditemukan selepas satu kebakaran rumah di timur Tokyo pada awal pagi tadi, manakala tiga lagi penghuni termasuk dua kanak-kanak masih belum dapat dikesan, lapor agensi berita Kyodo memetik kenyataan polis tempatan.
Menurut polis dan jabatan bomba tempatan, kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira 3.05 pagi di Mutsuzawa, Wilayah Chiba, di kediaman yang didiami oleh enam individu.
Antara penghuni yang masih hilang ialah dua kanak-kanak perempuan sekolah rendah dan nenek mereka yang berusia dalam lingkungan 60-an.
-Bernama