Dua kereta terbakar di hadapan Klinik Batu Kawa

Facebook
WhatsApp
 ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman ke atas kenderaan Perodua Axia yang terbakar sepenuhnya di hadapan Klinik Batu Kawa, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Dua kereta musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan parkir hadapan Klinik Batu Kawa, petang ini. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.10 petang. 

Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PGO) di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua kenderaan yang diparkir di hadapan klinik berkenaan.

“Kereta jenis Perodua Axia didapati terbakar sepenuhnya manakala kereta jenis Honda mengalami kemusnahan kira-kira 30 peratus,” jelas Pegawai Bomba Kanan I Chaplin Wan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran sebelum operasi ditamatkan setelah keadaan disahkan selamat.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis