Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan babit empat kenderaan
  • KEMALANGAN

Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan babit empat kenderaan

Utusan Sarawak 1 month ago

KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan.

KUCHING: Tiga individu maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan empat kenderaan di Jalan Durian Burung awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.51 pagi, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi diketuai oleh PBK I Said Imran dan tamat sepenuhnya 3.07 pagi.

Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Perodua Axia, Proton Persona, Toyota Corolla Sport dan Toyota AE86. Tujuh mangsa terlibat dalam insiden ini.

Seorang mangsa yang menaiki Perodua Axia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, dua individu dalam Proton Persona turut menjadi mangsa, dengan seorang daripadanya maut dan seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Dua mangsa dalam Toyota Corolla Sport dilaporkan mengalami cedera ringan, manakala dua individu dalam Toyota AE86 tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi individu yang dipercayai membantu mengeluarkan mangsa turut mengalami kecederaan ringan dan disahkan terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurut kenyataan bomba, semua mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja pembersihan di lokasi sebelum kembali ke balai.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Two killed, five injured in late night crash along Tun Jugah road
Next: Two injured in collision at Jalan Kota Samarahan–Tabuan Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.