Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut letupan saluran paip
  • GLOBAL

Tiga maut letupan saluran paip

Utusan Sarawak 5 years ago
TIGA orang terbunuh manakala 52 orang cedera selepas sebuah saluran paip gas asli meletup di Samut Prakan,tenggara Bangkok,pada Khamis.• Foto AFP

BANGKOK: Tiga orang terbunuh manakala 52 orang cedera selepas sebuah saluran paip gas asli meletup di Samut Prakan, tenggara Bangkok, pada Khamis.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari (waktu tempatan), saluran paip asli itu yang dikendalikan oleh syarikat milik PTT Public Company Limited (PTT) mengalami kebocoran dan terbakar.

Menurut laporan Bangkok Post, susulan letupan itu, sekurang-kurangnya empat buah rumah rosak teruk dan enam buah rumah mengalami kerosakan bumbung.

Gabenor Wilayah Samut Prakan, Wanchai Kongkasem, berkata sekurangnya 30 buah keluarga terjejas akibat insiden itu dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca kejadian letupan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan melecur dan dikejarkan ke hospital berdekatan dan pusat pemindahan telah dibuka untuk membantu mangsa,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian.

Beliau berkata PTT telah menutup saluran paip itu dan kawasan itu kini selamat.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan pihak berkuasa segera melakukan pemeriksaan dan menyiasat punca kejadian serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-Bernama

Continue Reading

Previous: 121 korban malaria di Nigeria
Next: 46 JUTA penduduk Perancis ‘berkurung’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.