Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut, 14 hilang selepas dua bot pelancong terbaik di China
  • GLOBAL

Tiga maut, 14 hilang selepas dua bot pelancong terbaik di China

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIGA maut manakala 14 lagi hilang selepas dua bot pelancong terbalik di Sungai Liuchong, wilayah Guizhou di barat daya China.

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 14 lagi hilang selepas dua bot pelancong terbalik di Sungai Liuchong, wilayah Guizhou di barat daya China pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua yang dipetik Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 77 orang yang berada di atas bot ketika insiden itu berlaku.

Dalam pada itu, seramai 60 mangsa berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Presiden China, Xi Jinping menggesa agar operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara menyeluruh serta mengarahkan supaya rawatan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang cedera.

Kejadian berlaku semasa cuti Hari Pekerja (May Day), yang menyaksikan lonjakan ketara dalam jumlah pelancong domestik serta kesesakan di destinasi pelancongan di seluruh negara, menurut data kerajaan yang dipetik Global Times. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Semangat kerjasama petugas kunci kelancaran operasi haji 2025
Next: 5,526 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci – Ketua Rombongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.