Tiga lot kedai makan terbakar 40 peratus di Batu Kawa

Facebook
WhatsApp
 ANGGOTA bomba ketika menjalankan operasi mengawal serta memadam kebakaran di lokasi kejadian. Foto JBPM 

KUCHING: Tiga lot kedai makan di kawasan berhampiran Batu Kawa Riverbank mengalami kerosakan kira-kira 40 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Shen Chen Wee’s Cafe pada 2.26 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama bantuan daripada BBP Kota Sentosa segera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada 2.35 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan tiga lot kedai makan bersambung di tingkat bawah sebuah bangunan kedai dua tingkat.

 ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemadaman kebakaran yang melibatkan tiga lot kedai makan bersambung di kawasan berhampiran Batu Kawa Riverbank awal pagi ini. Foto JBPM 

“Kebakaran telah menjejaskan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan struktur premis yang mempunyai keluasan sekitar 50 x 40 meter persegi,” kata Komander Operasi, PBK I Kana Tawi, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, operasi pemadaman berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh tiga minit selepas ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran hos hantaran bersama satu nozel TFT dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera bagi memadam kebakaran sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 3.04 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat sebelum beredar dari lokasi.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos