Tiga lelaki cedera dalam kemalangan di Jalan Kidurong

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat tiga lelaki yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kidurong menghala ke MLNG, Bintulu, petang tadi.

BINTULU, 9 Oktober: Tiga lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di Jalan Kidurong menghala ke MLNG di sini, petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong Rary Binjie, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.01 petang sebelum sebuah jentera bersama tiga anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati ketiga-tiga mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan dan memerlukan bantuan untuk dikeluarkan dari kenderaan.

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton terbabit dalam kemalangan di Jalan Kidurong menghala ke MLNG, Bintulu, petang tadi.

“Anggota bomba seterusnya mengeluarkan semua mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkan mereka kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa pertama menalami patah kaki kanan, mangsa kedua patah paha kanan manakala mangsa ketiga mengalami patah lengan dan kaki.

Operasi menyelamat tamat pada 6.05 petang selepas pihak bomba memastikan keadaan di lokasi selamat.

Oleh Carolyne Utih