Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga kawasan rendah berisiko banjir di Sarikei dipantau
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga kawasan rendah berisiko banjir di Sarikei dipantau

Utusan Sarawak 6 months ago

PANTAU….Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di tiga kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua anggota bomba bertugas telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pemantauan paras air dijalankan oleh pihaknya pada pagi semalam. 

“Rondaan pemantauan di tiga kawasan rendah berisiko banjir dijalankan oleh dua anggota bomba. 

“Tiga kawasan yang dipantau adalah Jalan Pisang Emas, Jalan Ixora dan Jalan Cempaka,” katanya.

Beliau berkata trend air surut dan paras air masih dalam keadaan terkawal semasa pemantauan dijalankan. 

“Alhamdulillah, paras air di setiap kawasan berisiko banjir masih dalam keadaan terkawal dan cuaca hujan. 

“Semasa pemantauan, air sedang surut di ketiga-tiga kawasan rendah berisiko banjir tersebut,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan berisiko banjir 
Next: ADUN Pelawan agih peruntukan untuk 36 NGO, JKKK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.