Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga kampung di daerah Beluru masih ditenggelami air
  • Utara
  • WILAYAH

Tiga kampung di daerah Beluru masih ditenggelami air

Utusan Sarawak 3 months ago

BELURU: Tiga kampung di daerah Beluru masih ditenggelami air banjir ekoran hujan berterusan, dan limpahan air sungai Bakong.

Menurut laporan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Melayu Beluru Bakong, Ayesha James, sehingga 9.00 pagi hari ini kawasan Kampung Melayu Beluru Bakong masih terjejas banjir.

Kampung tersebut mempunyai 121 orang penduduk daripada 20 pintu dan paras air menurun dua inci hari ini.

Sementara itu kawasan Rumah (Rh.) Anthony Kedit, Logan Manok Bakong yang mempunyai 85 orang penduduk daripada 22 pintu masih ditenggelami air dengan ketinggian paras air lima kaki satu inci.

Tuai Rumah Anthony turut memaklumkan beberapa jalan ke rumah panjang tidak dapat dilalui kerana air terlalu dalam dan seluruh kawasan rumah panjang masih ditenggelami air ekoran hujan berterusan, dan limpahan air sungai.

Turut terjejas banjir ialah Rh. Egang, Sungai Selapin Bawah Bakong dengan paras air empat kaki lima inci.

Jelasnya lagi, semua kawasan rumah panjang masih dinaiki air, bagaimanapun, jalan masih boleh dilalui.

Rumah panjang tersebut mempunyai 392 orang penduduk daripada 83 pintu dan trend air menurun.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BPHB sumbang 200 bakul makanan untuk mangsa banjir di Tatau
Next: Usahawan disaran sahut peluang pendidikan, latihan ditawarkan IKMa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.