Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Kong Phin, Kuching
  • KEMALANGAN

Tiga cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Kong Phin, Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEMALANGAN berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan Arang, Jalan Kong Phin, Kuching.

KUCHING: Tiga individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan Arang, Jalan Kong Phin, di sini, lewat malam tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.55 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Toyota Vios dan sebuah Proton Saga.

“Pemandu Toyota Vios dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

PASUKAN bomba membantu mengeluarkan mangsa yang cedera dalam kejadian kemalangan lewat malam tadi berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan Arang, Jalan Kong Phin, Kuching.

“Bagi kenderaan Proton Saga pula, terdapat tiga mangsa di dalam kenderaan berkenaan, dengan dua lelaki telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seorang lagi mangsa wanita yang tidak tersepit mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan masih berada di dalam kenderaan ketika pasukan bomba tiba.

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan bantuan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Selepas operasi menyelamat selesai, anggota bomba turut menjalankan kerja pembersihan di lokasi kejadian bagi menghapuskan sisa tumpahan minyak di atas jalan raya demi memastikan keselamatan pengguna lain.

Operasi tersebut diketuai oleh PBK I Kana Tawi dengan kekuatan lapan anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Turut berada di lokasi kejadian ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Wanita cemas, kereta terlibat kemalangan kendiri di Selangau
Next: Dua cedera dalam kemalangan di Bulatan Petra Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.