Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Bau-Lundu
  • KEMALANGAN

Tiga cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Bau-Lundu

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEMALANGAN melibatkan dua kenderaan di Pusingan-P Kampung Sepadah, Lebuh Raya Pan Borneo Bau-Lundu, petang ini. Foto JBPM Sarawak

BAU: Tiga individu cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Pusingan-P Kampung Sepadah, Lebuh Raya Pan Borneo Bau-Lundu, petang ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.43 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi pada 2.07 petang, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Mitsubishi Pajero dan sebuah Mitsubishi Triton.

Pemandu Pajero mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala lima individu yang berada di dalam Triton turut terlibat dalam insiden tersebut. Daripada jumlah itu, dua mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam, sementara tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tiada mangsa dilaporkan tersepit dalam kenderaan.

Pasukan bomba kemudiannya memberikan rawatan awal kepada pemandu Pajero sebelum mangsa dihantar ke Hospital Bau menggunakan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk menerima rawatan lanjut.

Selain membantu mangsa, anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan daripada sisa kemalangan bagi memastikan keadaan laluan kembali selamat untuk pengguna jalan raya.

Operasi yang diketuai Ricky Rina melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah EMRS.

Operasi berjaya dikawal pada 2.20 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 2.35 petang.

Turut berada di lokasi ialah tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut.

Continue Reading

Previous: Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.