Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga bilik rumah terbakar di Springville Garden
  • KEBAKARAN

Tiga bilik rumah terbakar di Springville Garden

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN sebuah bilik di tingkat atas rumah jenis kekal di Springville Garden, Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran lewat malam tadi.

BINTULU: Tiga bilik di tingkat atas sebuah rumah jenis kekal di Springville Garden, Jalan Tun Hussein Onn di sini terbakar dalam kejadian lewat malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.50 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan tiga bilik di tingkat atas rumah berkenaan dengan bilik pertama musnah sepenuhnya.

“Sementara itu, dua lagi bilik masing-masing terbakar sekitar 30 peratus melibatkan perkakas serta siling bilik,” katanya.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara serangan terus menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan nozel menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 11.20 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.10 tengah malam selepas pasukan bomba memastikan keadaan selamat.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar di Kampung Jugan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.