Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tidak rasmi: Ibrahim Baki, Len Talif menang jawatan Naib Presiden PBB; Karim, Dr Abdul Rahman terkeluar
  • SEMASA

Tidak rasmi: Ibrahim Baki, Len Talif menang jawatan Naib Presiden PBB; Karim, Dr Abdul Rahman terkeluar

Utusan Sarawak 4 months ago

Dato Ibrahim Baki (kiri) dan Datuk Len Talif Salleh.

KUCHING: Dato Ibrahim Baki dan Datuk Len Talif Salleh, kedua-duanya pencabar baharu berjaya merebut jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Bumiputera dalam pemilihan yang diadakan hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Dato Ibrahim Baki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok meraih undi tertinggi iaitu 910 undi.

Ini diikuti Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dengan 900 undi dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, meraih 786 undi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang di kedudukan keempat dengan 687 undi.

Dua penyandang iaitu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan/Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, gagal mempertahankan jawatan masing-masing.

Abdul Karim meraih 669 undi, manakala Dr Abdul Rahman 546 undi.

Pengumuman rasmi dijangka pada pagi esok iaitu hari terakhir Perhimpunan Agung ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Continue Reading

Previous: Garis panduan sambutan perayaan agama lain tak sesuai untuk Sarawak – Abang Johari
Next: Naib Presiden: Cubaan kali kedua Len Talif berjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.