Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tidak perlu panik, cuma beri kerjasama
  • TEMPATAN

Tidak perlu panik, cuma beri kerjasama

Utusan Sarawak 5 years ago

LAWAS: Penduduk tidak perlu panik dengan sekatan yang dilakukan pihak berkuasa.

Sebaliknya sekatan yang dilakukan adalah untuk memastikan arahan kawalan pergerakan yang dikeluarkan kerajaan dipatuhi.

Pihak polis hanya menjalankan tugas dengan memberi nasihat sebelum tindakan tegas diambil ke atas mereka yang degil dan ingkar.

Pegawai Polis, Inspektor Idrus Arshad yang mengetuai sekatan jalan di jalan Trusan Lawas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas menggesa agar semua penduduk memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau bersama beberapa anggota dan pegawai lainnya turut mengadakan sekatan di beberapa lokasi strategik yang menghubungkan bandar Lawas dengan laluan dari Sabah dan Brunei.

Setakat ini, pihak polis Lawas tidak berdepan sebarang masalah besar berhubung perintah larangan daripada penduduk.

Idrus juga menasihatkan rakan media untuk bersama-sama mematuhi garis panduan keselamatan daripada pihak kementerian kesihatan sewaktu membuat tinjauan dan liputan berita. Walaupun pihak media tidak tertakluk kepada perintah larangan ini, tetapi pergerakan mereka harus dimaklumkan kepada pihak berkuasa demi keselamatan dalam menjalankan tugas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Continue Reading

Previous: GPS hanya bekerjasama dengan PN
Next: Pakej Bantuan Ekonomi diumum Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.