Tiada waris tuntut jenazah, Hospital Bintulu mohon bantuan orang ramai

Facebook
WhatsApp

BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris atau ahli keluarga kepada mendiang Attong Enggong (No. K/P: 630904-13-XXXX) yang telah meninggal dunia dan dibawa ke hospital berkenaan pada 11 April lalu.

Menurut jurucakap Hospital Bintulu menerusi satu kenyataan, sehingga kini tiada waris tampil bagi urusan pengesahan dan penuntutan jenazah.

“Ahli keluarga atau waris diminta hadir ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Bintulu dengan segera bagi tujuan dokumentasi dan pengurusan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mendiang boleh menghubungi Hospital Bintulu di talian 086-859000.

Kerjasama semua pihak, kata jurucakap, amat dihargai bagi membantu menyelesaikan perkara ini.

Oleh Carolyne Utih

Sarawak anjur IDECS 2026 Oktober ini

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat