Tiada sambutan Tahun Baharu di Pakistan

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri sementara Anwarul Haq Kakar

NEW DELHI: Pakistan melarang semua bentuk sambutan Tahun Baharu sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Perdana Menteri sementara Anwarul Haq Kakar berkata Isarel telah membunuh lebih 21,000 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober.

Beliau turut mengutuk pembunuhan berterusan rejim Israel terhadap penduduk di wilayah Palestin yang diduduki.

“Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah  dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat,” kata Kakar dalam ucapannya, semalam.

Justeru, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan, katanya. – Bernama