Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Bosnia Herzegovina – Wisma Putra
  • NASIONAL

Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Bosnia Herzegovina – Wisma Putra

Utusan Sarawak 7 months ago
FOTO yang diambil di Kiseljak, kira-kira 20 kilometer ke barat Sarajevo semalam menunjukkan jalan dan kawasan rumah dilanda banjir akibat hujan lebat. FotoAFP

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di Bosnia Herzegovina diminta agar sentiasa berwaspada dan mematuhi pengumuman terkini oleh pihak berkuasa tempatan susulan kejadian tanah runtuh dan banjir besar yang melanda Perbandaran Jablanica.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas setakat ini.

“Malaysia ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Bosnia Herzegovina, serta mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam ini.

“Kami berharap agar mangsa yang cedera segera pulih dan pemulihan harta benda serta infrastruktur berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

LELAKI berjalan di sepanjang jalan yang dinaiki air berikutan hujan lebat di bandar Kiseljak, kira-kira dua 20 km ke barat Sarajevo, pada 4 Oktober 2024. FotoAFP
 

Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo akan terus memantau situasi dengan rapi dan menyediakan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo di Radnicka 4A, Sarajevo atau melalui telefon di: +387 33 201 578 atau e-mel: mwsarajevo@kln.gov.my.

Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan maut dalam bencana itu, manakala hujan lebat yang berterusan, banjir dan tanah runtuh juga menyebabkan kerosakan infrastruktur dan harta benda di kawasan perbandaran yang terletak kira-kira 70kilometer dari Sarajevo. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial – JPA
Next: JPJ buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.