Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada ‘projek sakit’ melibatkan masjid, surau
  • TEMPATAN

Tiada ‘projek sakit’ melibatkan masjid, surau

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi menjawab soalan media selepas menghadiri program Ziarah Ramadan Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam 1446H/2025M di Masjid Darul Hasanah, Kampung Selang Ulu hari ini.

KUCHING: Pembinaan masjid dan surau di Sarawak kekal terkawal tanpa sebarang projek sakit, hasil pemantauan rapi oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, semua projek tersebut dipantau ketat oleh JAIS.

“Walaupun empat projek masjid mengalami kelewatan, namun ia masih berada dalam kawalan dan tidak diklasifikasikan sebagai ‘projek sakit’.

“Antara projek yang paling kritikal ialah di Belaga, Tebakang, Matang dan Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Ziarah Ramadan Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam 1446H/2025M di Masjid Darul Hasanah, Kampung Selang Ulu pagi tadi.

Program tersebut menyaksikan seramai 300 penerima dari golongan memerlukan di tiga kampung sekitar Kuching menerima sumbangan barangan dapur dan duit raya.

Selain di Kampung Selang Ulu, beliau turut mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan di Bandar Baru Semariang dan Darul Hana melalui program Ziarah Ramadan itu.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dokumentasi biodiversiti Baleh bukti komitmen SEB, Unimas
Next: Kontraktor Jambatan Batang Paloh diarah siapkan projek ikut jadual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.