Tiada lagi wakil Malaysia di Terbuka Swiss 2025

Facebook
WhatsApp
PASANGAN beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Foto Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Kempen Malaysia di badminton Terbuka Swiss 2025 tamat pada Jumaat, lepas wakil terakhir negara iaitu pasangan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, terkeluar pada peringkat suku akhir.

Pasangan pilihan utama kejohanan itu gagal memberikan yang terbaik, kalah dalam dua set kepada pasangan pilihan kelapan dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada kejohanan Super 300 berlangsung di St. Jakobshalle, Basel.

Pasangan ke-13 dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk menewaskan Soon Huat-Shevon, 21-18, 21-10.

Dengan kemenangan ini pasangan Dechapol-Supissara telah menang tiga daripada lima perlawanan mereka sejak kali pertama bertemu pada Terbuka Artik 2024 di Finland.

Dechapol-Supissara akan bertemu Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin hari ini pada peringkat separuh akhir selepas pasangan pilihan kelima kejohanan dari China itu mengalahkan pasangan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-18, 21-16.

Terbuka Swiss menawarkan hadiah keseluruhan AS$250,000 (kira-kira RM1.11 juta). – Bernama

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan

Arsenal dibelasah Brighton, Spurs tewas lagi

LONDON, United Kingdom: Permulaan sempurna Arsenal dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir selepas dibelasah 3-0 oleh Brighton pada

Isak wira Liverpool tewaskan Bournemouth

BOURNEMOUTH: Alexander Isak meneruskan rentak jaringannya untuk memastikan kepulangan Andoni Iraola ke Stadium Vitality berakhir dengan kejayaan apabila Liverpool menewaskan