Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada keperluan isytihar darurat banjir di Sarawak seperti saranan NADMA – Uggah
  • SEMASA

Tiada keperluan isytihar darurat banjir di Sarawak seperti saranan NADMA – Uggah

Utusan Sarawak 3 months ago

Uggah ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah dan PPS Dewan Masyarakat Serian hari ini. Foto HERRIEY NAHA

SERIAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melihat tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana banjir di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBNS, pihaknya sedang mengawal dan memantau rapat situasi semasa secara menyeluruh.

”Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengisytiharkan dari tempoh November 2024 hingga Mac 2025, Sarawak dianggap sebagai dalam keadaan darurat banjir kerana bila-bila masa dalam tempoh tersebut berkemungkinan berlakunya banjir.

”Dengan pengisytiharan itu, kita menggunakan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang pertama yang mewajibkan semua agensi bekerjasama menggunakan dana, sumber dan apa yang ada, membantu JPBNS.

”Sebelum ini, pada November tahun lepas kita sudah memberitahu mengenai jentera yang dimiliki oleh tentera dan polis seperti lori dan tenaga kerja yang tersedia untuk berada dalam keadaan siap siaga (bagi menghadapi banjir),” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah dan PPS Dewan Masyarakat Serian di sini, hari ini.

Untuk rekod, apabila darurat diisytiharkan, maka Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih dari kerajaan negeri bagi maksud pengurusan bencana, bantuan dan pemulihan mangsa-mangsa bencana dengan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui gerakan agensi dan kementerian berkaitan.

Dalam pada itu, katanya kerjasama antara semua agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan JPBNS memainkan peranan penting dalam memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang bencana banjir ini.

Dalam perkembangan lain, Uggah menyarankan kepada orang ramai yang ingin tampil bagi menderma kepada mangsa banjir untuk menghubungi Pejabat Residen yang terdekat.

”Kita tidak galakkan mereka yang ingin menderma menyerahkan terus kepada pusat pemindahan sementara dan sebaiknya dihantar ke Pejabat Residen atau pusat JPBNS di daerah atau bahagian.

”Ini penting bagi memastikan sumbangan itu dapat diberikan menerusi saluran yang betul dan mereka (Pejabat Residen atau pusat JPBNS) dapat mengatur untuk menghantar barang-barang yang disumbangkan itu,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Sarawak lulus peruntukan tambahan RM10 juta bantu penduduk terjejas banjir
Next: Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.