Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiada gangguan elektrik di Saratok sepanjang Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiada gangguan elektrik di Saratok sepanjang Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago

SARATOK: Tiada gangguan elektrik (blackout) semasa sambutan Malam Tujuh Likur dan semasa membuat persiapan Aidilfitri di Daerah Saratok, tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata beliau amat bersyukur kerana dengan pemasangan dua alat ubah (transformer) di Kampung Lot Wawasan berkapasiti 500 KVA dan 300 KVA di Kampung Lot Bunian Kampung Tanjung Hulu Saratok telah dilaksanakan sebelum menjelangnya Aidilfitri.

Beliau berkata pengagihan voltan yang stabil menjaminkan tiada ‘blackout’ semasa sambutan Malam Tujuh Likur hingga ke hari ini.

“Saya telah mohon bantuan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui peruntuka projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) dan naik taraf alat ubah di seluruh kampung Saratok untuk menyelesaikan masalah ‘blackout’.

“Syukur Alhamdulillah hari ini terbukti berkat kerja kuat pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dan dana daripada kerajaan GPS semuanya berjaya dilaksanakan,” katanya.

Mohamad Duri, berkata pada 22 Mac lalu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu beliau, sebanyak RM425 juta akan disalurkan dana untuk menaik taraf bekalan elektrik ke seluruh Bahagian Betong, Lubok Antu, Sungai Asap, Belaga dan Lawas.

“Jutaan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, SEB, Sesco Saratok, Pejabat Daerah Saratok, Ahli Majlis Daerah Saratok dan semua pegawai dari Pusat Khidmat ADUN Kalaka serta semua yang menjayakan projek ALAF di dalam DUN Kalaka ini,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan sebagai penghargaan pihak majlis kepada ketua masyarakat
Next: Fasa pertama pembinaan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya guna Dana UNIFOR RM2.2 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.