Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada bazar Ramadan, Gawai
  • TEMPATAN

Tiada bazar Ramadan, Gawai

Utusan Sarawak 5 years ago

LIONG CHAI LING

MIRI: Kerajaan Sarawak memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran bazar Ramadan dan Gawai tahun ini sebagai langkah berterusan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat di negeri ini.

“Kita tidak ada bazar Ramadan tahun ini begitu juga bazar Gawai kerana hari penganjuran kedua-dua acara ini berdekatan dan kita tidak mahu ia menjejaskan keselamatan masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Bantuan Bekalan Makanan Sarawak Bahagian Miri di Pangkalan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata,  beliau mencadangkan kepada para peniaga  untuk  mewujudkan  platform e-Bazar bagi membolehkan jualan-jualan dilakukan secara talian sekali gus mengalakkan rakyat Sarawak memanfaatkan penggunaan teknologi terkini.

Katanya, bagi peniaga yang tidak mahir penggunaan  teknologi untuk melakukan jualan dalam talian, mereka boleh mendapatkan tunjuk ajar daripada Hub Inovasi Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

“Di Miri ini kita ada satu tempat iaitu TEGAS yang mana  mereka boleh belajar mengenai penggunaan teknologi jualan dalam talian bagi membekalkan dan menghantarkan barangan yang dipesan oleh para pembeli.

“Saya yakin bahawa e-Bazar ini adalah satu usaha kita untuk membekalkan pesanan para pembeli untuk keperluan musim Ramadan dan Gawai,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari menyampaikan pek makanan kepada Ahli Parlimen Baram, Anyie Ngau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau sebagai simbolik pelancaran bantuan makanan tersebut.

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM16.4 juta untuk membekalkan makanan asas kepada golongan sasaran di seluruh negeri ini. Hadir sama, Panglima Medan Timur Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zambrose Mohd Zain dan Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin.

Continue Reading

Previous: JBBS tubuhkan ‘Whatapps Center’
Next: PKP: Penduduk pedalaman terima agihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.