Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • TH perkenal bekas makanan baharu, tingkat kualiti sajian jemaah haji
  • GLOBAL

TH perkenal bekas makanan baharu, tingkat kualiti sajian jemaah haji

Utusan Sarawak 4 hours ago
TH perkenal bekas makanan baharu, tingkat kualiti sajian jemaah haji. Foto Bernama.

MAKKAH: Tabung Haji (TH) memperkenalkan inovasi baharu dalam penyediaan makanan kepada jemaah haji Malaysia menerusi penggunaan bekas sajian tiga kompartmen bagi memastikan hidangan lebih berkualiti dan memenuhi cita rasa Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, inovasi itu diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas jemaah sejak beberapa tahun lepas yang menyifatkan makanan disediakan di Tanah Suci agak kering berikutan penggunaan bekas aluminium sebelum ini.

“Tahun ini inovasi terbaru yang diperkenalkan ialah pek sajian makanan khas dengan tiga kompartmen utama iaitu untuk nasi, protein dan sayur-sayuran.

“Kalau dahulu kuah mudah kering kerana proses pemanasan dan ia juga mudah bercampur dengan nasi, tetapi dengan bekas baharu ini kuah dapat dikekalkan dengan lebih baik dan tidak bercampur walaupun digoncang,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua dapur di Dapur Al Wafa dan Tadco Catering di sini semalam.

Mustakim berkata hampir 1.8 juta unit bekas makanan khas dibawa dari Malaysia menggunakan sekitar 20 kontena dan dibekalkan oleh syarikat bumiputera tempatan khusus untuk operasi haji 1447H/2026M. 

Menurut beliau pada musim haji tahun ini, TH menyediakan sebanyak 52 menu keseluruhan termasuk tambahan 10 menu baharu berbanding tahun lepas, antaranya nasi Arab dan nasi beriani bagi memberi kelainan serta menambah elemen cita rasa tempatan Arab Saudi kepada jemaah.

Mustakim berkata, menu disusun dalam dua pusingan sebelum wukuf dan dua pusingan selepas wukuf bagi memastikan menu sama hanya berulang selepas tempoh dua minggu.

“Kita cuba beri kepelbagaian supaya jemaah tidak jemu. Walaupun ada keterbatasan bahan mentah yang sukar dibawa dari Malaysia, kita tetap berusaha mengekalkan cita rasa Malaysia,” katanya.

TH juga katanya membawa 19 cef berpengalaman dari Malaysia dan menempatkan mereka di tujuh dapur utama yang dilantik di sini dan Madinah bagi memastikan standard rasa makanan dapat dikekalkan.

Beliau turut menekankan aspek keselamatan makanan menjadi keutamaan TH bagi memastikan makanan yang disediakan selamat dimakan dan tidak menjejaskan kesihatan jemaah. 

“Pihak berkuasa Arab Saudi amat menitikberatkan aspek keselamatan makanan termasuk kawalan suhu bahan mentah dan dapur yang dipantau secara berterusan.

“Berdasarkan kaji selidik di Madinah, indeks kepuasan jemaah terhadap makanan yang disediakan TH mencapai 94 peratus setakat ini,” katanya.

Mengenai kos haji pada musim ini, Mustakim berkata ia kekal sebanyak RM33,300 bagi tahun ketiga berturut-turut walaupun berlaku peningkatan kos operasi termasuk penerbangan dan bahan mentah susulan konflik geopolitik semasa.

“Kita cuba sedaya upaya menyerap peningkatan kos dan pada masa sama terus menambah baik perkhidmatan kepada jemaah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi sederhana di Myanmar, gegaran turut dirasai di Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.