Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut, termasuk dua suspek dalam insiden tembakan di Pusat Islam San Diego
  • GLOBAL

Lima maut, termasuk dua suspek dalam insiden tembakan di Pusat Islam San Diego

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Polis San Diego, Scott Wahl, menjawab soalan daripada media semasa satu taklimat perkembangan berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan kecemasan yang bertindak balas terhadap insiden tembakan di Pusat Islam San Diego (ICSD) pada 18 Mei 2026 di San Diego, California. Foto AFP

WASHINGTON: Lima individu, termasuk dua yang disyaki melepaskan tembakan, maut dalam insiden tembakan di Pusat Islam San Diego pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik pegawai penguat kuasa undang-undang.

“Apa yang kami tahu setakat ini ialah terdapat tiga lelaki dewasa yang meninggal dunia,” kata Ketua Polis San Diego Scott Wahl, merujuk kepada tiga mangsa berkenaan, sambil menambah bahawa dua suspek turut maut.

Wahl, ketika bercakap pada sidang media selepas pihak berkuasa sebelum ini mengisytiharkan ancaman itu telah berjaya ditangani, berkata seorang daripada mangsa yang maut merupakan pengawal keselamatan yang bertugas di pusat berkenaan.

“Oleh kerana lokasi kejadian adalah di pusat Islam, kami menganggap kejadian ini sebagai jenayah kebencian sehingga dibuktikan sebaliknya, dan ketika ini kami akan bekerjasama rapat dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk memastikan kami mempunyai semua sumber yang diperlukan bagi siasatan ini,” katanya.

DATUK Bandar San Diego, Todd Gloria, bersama beberapa pegawai penguat kuasa undang-undang lain beredar selepas memberikan kemas kini kepada media. Foto AFP

Wahl turut berkata semua kanak-kanak di pusat itu, yang turut mempunyai sebuah sekolah di lokasi sama, berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu pada Isnin, pihak berkuasa berkata anggota polis bertindak balas terhadap laporan insiden penembak aktif di pusat berkenaan, yang terletak di kawasan kejiranan Clairemont berhampiran blok 7,000 Eckstrom Avenue.

Presiden Donald Trump menyifatkan insiden tembakan itu sebagai “situasi yang dahsyat.”

“Mereka sedang memberikan taklimat mengenainya …dan ia adalah situasi yang dahsyat. Saya telah menerima beberapa maklumat awal, tetapi kami akan menelitinya semula dengan sangat serius,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam San Diego Taha Hassane memberitahu pemberita bahawa tindakan menyasarkan rumah ibadat adalah sesuatu yang “amat melampau”.

ANGGOTA penguat kuasa undang-undang dan perkhidmatan kecemasan bertindak balas terhadap insiden tembakan, sambil menutup kawasan akses ke Pusat Islam San Diego (ICSD) pada 18 Mei 2026 di San Diego, California. Foto AFP

“Kami tidak pernah mengalami tragedi seperti ini sebelum ini,” kata Hassane.

“Orang ramai datang ke pusat Islam untuk menunaikan solat, meraikan sesuatu dan belajar, bukan hanya umat Islam …Pagi tadi sahaja, sekumpulan individu bukan Islam datang semata-mata untuk mempelajari tentang agama dan budaya kami. Jadi ini sesuatu yang tidak pernah kami jangkakan.”

Sejurus selepas kejadian itu, pegawai memberitahu Anadolu bahawa “beberapa individu dilaporkan rebah”, namun mereka tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Polis dan Datuk Bandar San Diego Todd Gloria menggesa penduduk supaya mengelakkan kawasan berkenaan dan mematuhi arahan pegawai keselamatan awam.

Pejabat Gabenor California Gavin Newsom memaklumkan bahawa beliau telah diberi taklimat mengenai situasi itu.

“Kami berterima kasih kepada petugas barisan hadapan di lokasi yang berusaha melindungi komuniti dan menggesa semua pihak mematuhi panduan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di San Diego turut mengeluarkan kenyataan selepas kejadian itu, dengan menyatakan pada peringkat awal bahawa sekurang-kurangnya seorang mangsa telah terkorban.

“…Tiada sesiapa pun yang sepatutnya berasa takut akan keselamatan diri ketika menghadiri solat atau belajar di sekolah rendah,” menurut CAIR di platform X. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: TH perkenal bekas makanan baharu, tingkat kualiti sajian jemaah haji
Next: Sewa apartmen di Manhattan cecah rekod tertinggi melebihi AS$5,000 sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.