Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tesla tarik balik Cybertruck akibat masalah trim
  • GLOBAL

Tesla tarik balik Cybertruck akibat masalah trim

Utusan Sarawak 2 months ago
KERETA Tesla Model X dilihat di bilik pameran untuk pembuat kenderaan elektrik AS di daerah Jing’an di Shanghai pada 11 Mac 2025. Foto AFP

WASHINGTON: Tesla mengumumkan penarikan balik sebahagian besar model Cybertruck berikutan masalah trim luaran yang longgar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) semalam.

Komponen logam lebar di sekitar cermin depan dan bahagian atas pintu itu dipasang menggunakan pelekat, namun berisiko tertanggal.

Setakat ini, 151 pemilik Cybertruck mengemukakan tuntutan waranti, menurut dokumen Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan AS (NHTSA).

“Panel yang tertanggal boleh menjadi bahaya di jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan,” menurut amaran NHTSA.

Bagaimanapun, Tesla memaklumkan bahawa mereka belum menerima sebarang laporan kemalangan atau kecederaan akibat kecacatan itu.

Memandangkan hampir semua Cybertruck berpotensi terjejas, penarikan balik itu juga mendedahkan angka pengeluaran, dengan Tesla menghasilkan hampir 46,100 unit Cybertruck dari November 2023 hingga Februari 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk sebelum ini menyasarkan pengeluaran sehingga 250,000 unit Cybertruck setahun pada masa hadapan.

Sebagai langkah pembaikan, Tesla akan menggunakan skru untuk mengukuhkan trim—kaedah yang turut digunakan selepas insiden penutup hiasan pedal yang tertanggal dan berisiko menyebabkan pedal senget.

Ini penarikan semula kelapan untuk model Cybertruck. Beberapa isu terdahulu, seperti kelewatan paparan kamera pandang belakang telah diperbaiki melalui kemas kini perisian.

Cybertruck merupakan usaha Tesla untuk menembusi pasaran trak pikap bersaiz besar di Amerika Syarikat, yang secara tradisional didominasi oleh kenderaan berkuasa petrol. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan di Masjidilharam dipertingkat untuk 10 hari terakhir Ramadan
Next: Gunung Lewotobi meletus, amaran dinaikkan ke tahap tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.