Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB
  • BISNES

Teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 20 Julai -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan kepada pengamal media ketika menghadiri Persidangan Parlimen Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Perdana Menteri dijangka akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 4 petang ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 20 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin rises his hand during attend for the Second Meeting of the Third Session of the 14th Parliament today. Prime Minister will be delivering a special address on the latest developments on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at 4 pm today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset lain berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian bernilai RM16.6 bilion (AS$3.9 bilion) yang telah dicapai antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Goldman Sachs bagi tuntutan-tuntutan kerajaan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata Goldman Sachs Group Inc telah bersetuju untuk membayar sebanyak AS$3.9 bilion bagi penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diatur untuk syarikat 1MDB.

Muhyiddin berkata, dengan penyelesaian ini, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion (AS$4.5 bilion) termasuk dana yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini.

Perdana Menteri turut melahirkan penghargaannya kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian tersebut.

“Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: AS$2.5 bilion diterima dalam tempoh dua bulan
Next: Anak syarikat Bank Rakyat serah zakat perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.