Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terus perkukuh kesedaran keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Terus perkukuh kesedaran keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 2 months ago
AGIH BUBUR… Wan Kamaruddin Wan Ahmad mengagihkan bubur kepada pengguna jalan raya semasa program agihan bubur sempena Ramadan di Jalan Tun Razak, Bintulu hari ini.

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 5 Bintulu terus memperkukuh kesedaran keselamatan kebakaran menerusi program pengagihan bubur sempena Ramadan.

Ketua JBPM Zon 5 Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata program tersebut bukan sekadar menyemarakkan semangat Ramadan, tetapi turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap langkah pencegahan kebakaran, terutama menjelang musim perayaan.

“Inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Ramadan melalui pengagihan bubur, tetapi juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran.

“Dengan kerjasama Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), program ini lebih berkesan dalam menyampaikan mesej kepentingan langkah pencegahan kebakaran kepada masyarakat,” katanya kepada media semasa program tersebut hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan pendekatan proaktif dalam mengurangkan risiko kebakaran, khususnya bagi mereka yang meninggalkan rumah ketika cuti panjang.

PERKASA KESELAMATAN… Wan Kamaruddin Wan Ahmad mengagihkan bubur kepada pengguna jalan raya semasa program agihan bubur sempena Ramadan di Jalan Tun Razak, Bintulu hari ini.

“Pengedaran brosur keselamatan kebakaran dan pemantauan berkala di kawasan tumpuan ramai adalah langkah penting dalam usaha mengurangkan risiko kebakaran,” katanya, sambil memaklumkan bahawa brosur keselamatan kebakaran turut diedarkan kepada pengguna jalan raya semasa program itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada sepanjang Ramadan dan Aidilfitri serta mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan risiko kebakaran.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ziarah Ramadan beri keceriaan
Next: Akses internet lebih baik satu keperluan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.