Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terus pelihara keharmonian, perkukuh perpaduan Sarawak
  • TEMPATAN

Terus pelihara keharmonian, perkukuh perpaduan Sarawak

Utusan Sarawak 1 month ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru seluruh umat Islam di Sarawak untuk terus memelihara keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan yang telah lama terjalin di negeri ini.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri 2025 yang akan disambut esok, beliau mengajak umat Islam untuk mensyukuri nikmat kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa pada Ramadan serta memanfaatkan Syawal sebagai detik memperkukuhkan iman dan ikatan sesama insan.

“Kemenangan kita melawan nafsu pada Ramadan mengajar kita untuk menjadi umat Islam yang sentiasa mengagungkan kemuliaan dan kebesaran Allah SWT serta bersyukur atas limpah kurnia-Nya,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa keamanan dan keharmonian yang dinikmati setiap kali musim perayaan tidak datang dengan sendiri, tetapi hasil daripada usaha bersama rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak yang sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur.

“Sejak dahulu lagi, rakyat Sarawak sudah mengenali erti saling hormat-menghormati dan sentiasa mengelak menyentuh perkara yang boleh menggugat perpaduan,” tambah beliau.

Selain itu, Abang Johari turut menggesa agar rakyat tidak terjebak dalam perbalahan agama dan bangsa serta isu remeh-temeh yang boleh memudaratkan keharmonian. Sebaliknya, segala perbezaan pandangan harus diselesaikan secara matang dan bijaksana.

Mengimbas pencapaian kerajaan negeri, beliau berkata banyak usaha telah dilakukan untuk mentransformasikan Sarawak ke arah sebuah ekonomi yang mantap dan mampan, sekali gus menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat.

Di akhir perutusannya, beliau bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan keluarga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Sarawak dan seluruh negara.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: IoT rangsang revolusi pertanian DUN Mambong
Next: PCDS 2030 tunjang Sarawak jadi kuasa ekonomi besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.