TERIMA KASIH… Affandi Rumpa (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Watson Nyambek pada penghujung
program Program Kecemerlangan Atlet KEJORA MRSM Zon Sarawak di UNIMAS Kuching, baru-baru ini.
ATLET-ATLET Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Zon Sarawak teruja apabila mereka mendapat sentuhan bekas jaguh pecut negara baru-baru ini.
Kelibat Watson Nyambek sememannya saat yang amat istimewa buat para atlet berkenaan kerana pencapaiannya dalam acara tersebut masih antara yang terbaik setakat ini.
Beliau merupakan fasilator yang mengendalikan Sesi Latihan Pusat Zon Sarawak bagi pelajar-pelajar yang mewakili MRSM Zon Sarawak pada Kejohanan Olahraga (KEJORA) MRSM Se- Malaysia ke-8 yang kini berlangsung di Melaka.
Pada sesi latihan dua hari baru-baru ini yang berlangsung di Padang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kuching, Watson dibantu oleh empat jurulatih iaitu Zaida, Firdaul Lastli, Vincent dan Priscilla.
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Mukah, Affandi Rumpa, yang bersama pelajar MRSM dari Mukah menganggap atlet MRSM Zon Sarawak yang terllbat dalam sesi tersebut sebagai bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada jaguh pecut negara seperti Watson.
“Pelajar-pelajar kami sangat beruntung kerana mendapat ilmu dan menimba pengalaman yang berguna daripada seorang jaguh. Latihan itu mendedahkan kepada mereka teknik latihan yang bertaraf Olimpik,” ujarnya.
Selain itu, ujar Affandi para atlet MRSM Zon Sarawak berkenaan juga mendapat suntikan motivasi ke arah mencapai kejayaan dalam bidang sukan itu.
“Program Kecemerlangan atlet KEJORA MRTSM Zon Sarawak merangkap latihan ini juga memberi fokus terhadap keserasian dan latihan terakhir sebelum turun ke trek balapan,” kata beliau lagi.
Affandi mendedahkan terakhir program tersebut ialah perkongsian maklumat dan pengalaman di kalangan atlet yang terlibat.
Oleh HENRY B SIYU