Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Terserah kepada pemimpin muda untuk meneruskan dasar selepas PCDS 2030 
  • SEMASA

Terserah kepada pemimpin muda untuk meneruskan dasar selepas PCDS 2030 

Utusan Sarawak 4 months ago

Abang Johari pada sesi Townhall Lapan Tahun Bersama YAB Premier, di Pusat Acara Hikmah Exchange, di Kuching malam ini. Foto MOHD NEENATUL AIZAL

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata terserah kepada pemimpin muda untuk meneruskan Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), selepas 2030.

Premier Sarawak berkata masa depan negeri ini bergantung kepada generasi pelapis untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan menghadapi cabaran era baharu.

“Saya sudah berumur 74 tahun. PCDS 2030 akan berakhir dalam tempoh lima tahun lagi. Selepas itu, kepimpinan negeri akan memerlukan pelapis yang dapat meneruskan asas yang telah kita bina dalam PCDS ini,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall Lapan Tahun Bersama YAB Premier, di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, malam ini.

Beliau yakin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai barisan kepimpinan muda yang berwibawa dan mampu menyesuaikan Sarawak dengan cabaran baharu.  

“Pimpinan pelapis ini perlu bersedia menghadapi era yang lebih mencabar. Selepas PCDS 2030, saya serahkan kepada generasi muda untuk neneruskan dasar-dasar yang kita ada,”katanya lagi. 

PCDS 2030 merupakan pelan pembangunan jangka panjang yang memberi tumpuan kepada kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar di Sarawak. 

Ia bertujuan untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030 dengan memanfaatkan sumber tenaga hijau, teknologi digital, dan pembangunan ekonomi inklusif.  

SHAHRUL QAIZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL 

Continue Reading

Previous: Petronas perlu menghormati kedudukan Petros sebagai penjaga hak, kepentingan Sarawak – Abang Johari
Next: Sarawak, Jepun kerjasama hasilkan tekstil angkasawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.