Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Terperangkap dalam perigi selepas dikejar anjing
  • GLOBAL

Terperangkap dalam perigi selepas dikejar anjing

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMUDA tersebut mengalami patah kaki. • Foto AFP

BALI: Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sebuah perigi lama sedalam empat meter di Bali berjaya diselamatkan setelah enam hari bertahan tanpa makanan atau air.

Jacob Roberts, 29, dipercayai terjatuh ke dalam perigi yang sudah tidak lagi digunakan berhampiran Petjatuh setelah dikejar seekor anjing.

Lelaki warga Britain itu mengalami patah kaki.

Namun dia diselamatkan seorang petani yang terdengar jeritannya meminta tolong semasa keluar memberi lembu peliharaannya makan.

Roberts bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari lubang perigi sedalam empat meter itu oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Kuta Selatan, Yusak Agustinus Sooai berkata Roberts kelihatan cengkung dan mengalami kecederaan.

“Mangsa mendakwa terperangkap di dalam perigi itu selama enam hari sebelum diselamatkan pasukan Basarnas pada Sabtu,” katanya.

Roberts dibawa ke Hospital BIMC Nusa Dua untuk rawatan susulan.-AFP  

Continue Reading

Previous: Kes Covid-19 Indonesia cecah angka 30,000
Next: 10 maut dalam serangan di pusat pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.