Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teroka potensi Simanggang bagi projek pam hidro – Abang Johari
  • TEMPATAN

Teroka potensi Simanggang bagi projek pam hidro – Abang Johari

Utusan Sarawak 1 month ago

Abang Johari ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 anjuran Anak Perantau Simanggang (APS) dan Lembaga Amanah Masjid Sri Aman di Kuching hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Bandar Simanggang di bahagian Sri Aman berpotensi untuk diterokai bagi projek pembangunan pam hidro sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata inisiatif itu perlu dipertimbangkan selari dengan projek infrastruktur yang sedang dibangunkan kerajaan negeri melibatkan kawasan Simanggang dan sekitarnya.

“Saya kongsi cadangan ini supaya kita mencari jalan untuk menambah kegiatan ekonomi yang ada di Simanggang… kalau dulu Simanggang ini terasing tetapi sekarang di tengah-tengah Kuching-Betong di mana orang akan menggunakan jalan pesisir untuk melintasi kawasan ini.

“Saya harap anak-anak perantau (Simanggang) boleh mengadakan forum ekonomi untuk membincangkan potensi kawasan Simanggang dengan adanya infrastruktur yang sedang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 anjuran Anak Perantau Simanggang (APS) dan Lembaga Amanah Masjid Sri Aman di sini hari ini.

Abang Johari turut menggalakkan APS untuk menerajui forum ekonomi berkenaan bagi meneroka peranan Simanggang dalam menyumbang kepada ekonomi baharu selaras inisiatif kerajaan negeri. 

Katanya antara projek pembangunan melibatkan kawasan Simanggang dan daerah Sri Aman termasuk pembinaan jalan pesisir, Jambatan Batang Lupar 1 dan 2 serta laluan dua hala Samarahan-Sri Aman. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Industri buluh bakal jadi pemacu utama ekonomi di Baram
Next: OUM tanam 2,500 pokok sempena ulang tahun ke-25 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.