Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Terkini: Rumah terbakar, bomba temui mayat lelaki berdekatan
  • KEBAKARAN

Terkini: Rumah terbakar, bomba temui mayat lelaki berdekatan

Utusan Sarawak 4 months ago

BERJAYA DIKELUARKAN.....mayat seorang lelaki ditemui dalam longkang dengan anggaran jarak 3.3 meter dari lokasi kebakaran sebuah rumah jenis tidak kekal di di Jalan Kok Tiong Sungai Bidut, malam tadi.

SIBU: Sebuah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong Sungai Bidut, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.52 malam.

Katanya, seramai 11 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, Komander Operaai melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Semasa berlaku kebakaran, semua penghuni tidak berada di dalam rumah,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Katanya, mayat seorang lelaki bersama seekor anjing ditemui berada dalam longkang dengan anggaran jarak 3.3 meter dari lokasi kebakaran.

“Mayat mangsa berusia 58 tahun, berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kemaskini: 88 penghuni Rumah Panjang Paulus Yan hilang tempat berteduh
Next: Pemilik cuai, kedai makan hampir hangus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.