Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Terkini: Lokasi Lapangan terbang baharu Kuching di Tanjung Embang Asajaya – Abang Johari
  • SEMASA

Terkini: Lokasi Lapangan terbang baharu Kuching di Tanjung Embang Asajaya – Abang Johari

Utusan Sarawak 4 months ago
UCAPTAMA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

PETRA JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) baharu akan dibangunkan di kawasan Tanjung Embang Asajaya, bagi mengelakkan penerbangan kapal terbang memasuki ruang udara Indonesia.

Perkara ini diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata pada awalnya cadangan lapangan terbang tersebut dibangunkan di kawasan Matang, namun penerbangan perlu melalui ruang udara Kalimantan, Indonesia.

“Pada awalnya, kita merancang untuk membangunkan lapangan terbang di kawasan Matang. Namun, pendekatan kapal terbang di kawasan tersebut, jika melebihi ketinggian tertentu, tertakluk kepada perjanjian antarabangsa.

“Selain itu, jika memasuki ruang udara negara lain, perlu mendapatkan kebenaran dan membayar caj tertentu.

“Di Matang, penerbangan terpaksa turun melalui ruang udara Indonesia, tetapi kita takut ada masalah. Jadi, kita memilih Tanjung Embang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Abang Johari berkata Sarawak turut membangunkan pelabuhan laut dalam baharu yang menempatkan terminal gas di kawasan laut Tanjung Embang sejauh 8 Kilometer (km).

“Jadi kalau kita buat pelabuhan laut dalam baharu sehingga 8km. Kalau China dapat buat, kita juga dapat buat benda yang sama.

“Akhirnya Tanjung Embang akan bertukar wajah termasuk kawasan Sejingkat dan Damai. Ini adalah ekonomi baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mendedahkan bahawa dua projek mega tersebut yang mengambil masa lima tahun ini bernilai RM100 bilion.

Menurutnya, projek mega ini turut meningkatkan sosioekonomi penduduk dan sektor pelancongan di kawasan Kota Samarahan, Serian dan Lundu.

Untuk rekod, LTAK baharu direka untuk menampung sehingga 15 juta penumpang setiap tahun, yang diyakini menarik pelawat khususnya dari India, China dan negara-negara ASEAN, yang merangkumi kira-kira tiga bilion orang.

Lapangan terbang serba baharu itu nanti berinspirasikan model Lapangan Terbang Antarabangsa Doha yang menggunakan teknologi terkini.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MA63: Sarawak berpegang teguh prinsip federalisme – Fadillah
Next: Sarawak tubuh fakulti tenaga di i-CATS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.