Terjejas banjir: Lima kakitangan UKAS di Bintulu, Miri terima bantuan sumbangan  

Facebook
WhatsApp
AWANG Putrayusrie bersama kakitangan UKAS pada Majlis Perjumpaan Pegawai Lapangan (Zon Utara dan Selatan) Siri 1 Bil. 1/2025 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Miri, semalam. Foto UKAS

MIRI: Seramai lima kakitangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang terjejas akibat banjir di Bintulu dan Miri telah menerima bantuan sumbangan Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS, baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan pada majlis Perjumpaan Pegawai Lapangan (Zon Utara dan Selatan) Siri 1 Bil. 1/2025 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Dalam ucapan ringkas, Awang Putrayusrie berkata, sumbangan kecil tersebut bertujuan meringankan beban ditanggung kelima-lima kakitangan yang terjejas itu.

Awang Putrayusrie turut berharap kesemua penerima bantuan bersabar dalam menempuh musibah akibat bencana alam tersebut.

Oleh Adum Liu