Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Terima padah seludup 44,000 liter diesel
  • JENAYAH

Terima padah seludup 44,000 liter diesel

Utusan Sarawak 2 months ago
TUMPAS… Sekitar penyeludupan diesel yang disimpan dalam tangki flexi serta IBC di Kampung Sungai Bangat, Labuan. -Foto kredit KPDN Labuan

LABUAN: Seorang peniaga kecil didenda RM90,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 44,000 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Tee Neng Yee, 33, selepas dia membuat pengakuan menyimpan 40,000 liter dan masing-masing 2,000 liter dalam tangki flexi serta IBC di sebuah kawasan perindustrian di Kampung Sungai Bangat di sini pada jam 1 tengah hari, 27 Mac 2023.

Tertuduh dikenakan hukuman denda RM60,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama serta denda RM15,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan kedua dan ketiga.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 22(1) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tertuduh diwakili peguam bela dari Tetuan Ehsan & Yeo.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Peniaga simpan video pornografi kanak-kanak ditahan
Next: 1MDB: Rekod pemulihan aset lebih RM29 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.